Saturday, March 6, 2010

Juara Rakyat Negeri Perak

Menteri Besar Perak turun padang bersama rakyat Perak di Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak.
Selepas Perak mencipta sejarah untuk mengenengahkan YAB Dato’ Zambry sebagai Menteri Besar yang sah oleh Mahkamah Tinggi dan selepas Perak berjaya menjadi Negeri Pertama yang mengemukakan pelan Pembangunan, maka tercipta lagi Sejarah yang telah di sahut oleh seluruh rakyat jelata di Negeri Perak untuk berhimpun beramai-ramai dalam majlis Juara Rakyat. Program Juara Rakyat yang telah diadakan secara besar-besaran di Taman Tasik YDP, Slim River pada 5-7 hb Mac, 2010 telah menyaksikan betapa pentingnya untuk rakyat menilai secara dekat akan penampilan usaha-usaha kerajaan untuk melahirkan rakyat yang serba boleh untuk memperbaiki taraf kehidupan sosio ekonomi serta membangun dan menjanakan pendapatan negara. Ini bermakna rakyat tidak dipinggirkan oleh kerajaan malah ianya menjadi inisiatif untuk pegawai-pegawai kerajaan serta pemimpin-pemimpin Negeri untuk menggembelingkan tenaga dan bekerjasama bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat di Negeri Perak Aman Jaya ini.

Semangat Juara Rakyat yang telah menular sejak pelancaran di peringkat Kebangsaan pada 9 hb Januari dengan tidak disangka-sangka, kehadiran di peringkat awal ialah seramai 2000 orang sahaja pada jam 9.16 minit pagi 6 hb Mac. Tetapi sehingga kehadiran pengunjung semakin mencurah-curah sehingga ke jam 11.12 pagi kehadiran orang ramai telah berganda-ganda sehingga mencecah 10,000 orang. Sasaran penganjur pada peringkat awal hanya 4,000 orang sahaja. Dengan kehadiran pengunjung yang melebihi 10,000 orang ini telah menjadi bukti bahawa suara UMNO bersama Barisan Nasional (BN) tetap dihargai apatah lagi sebagai alternatif rakyat meluahkan rasa hati dan mengadu untung nasib atas keperitan dan kepayahan mengharungi kehidupan.
Ini jelas menunjukkan bahawa hasrat PM, Datuk Seri Najib bagi merealisasikan perubaha yang diucapkan sebelum ini bukanlah sekadar janji kosong semata-mata malahan ia dibuat dengan langkah segera kerana ia memberi kesan mendalam kepada masyarakat khususnya. Apa yang pasti, Perdana Menteri mendapati bahawa rakyat inginkan sebuah kerajaan yang responsif terhadap keperluan masyarakat.
Diantara program yang telah dimuatkan selama 3 hari ini ialah

Pemimpin Bersama Rakyat
Pameran dan Expo
Forum Perdana
Gotong Royong
Futsal
Bola Jaring
Sukan Rakyat
Santai Petang
Sukan Air
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Puzzle
Qiamullail

Hampir semua pengunjung telah mendengar ucapan Kedua pemimpin pada pagi hari tersebut dalam Program Pemimpin bersama Rakyat. Diantara mesej yang telah disampaikan ialah Dr Zambry yang pada peringkat bermula majlis telah mengadakan program sessi dialog dengan kira-kira 1000 Warga Pendidik Perak di Politeknik Sultan Azlan Shah telah memahami sedikit permasalahan di kalangan mereka.. Dalam ucapannya beliau menegaskan BN tidak pernah mengalah dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat dan menegaskan BN tidak pandai untuk buat fitnah tetapi sebaliknya menggunakan pentas program untuk suarakan hasrat rakyat
YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Meneri Malaysia merangkap Timbalan Presiden UMNO dalam ucapannya menyatakan juara Rakyat bukan bertujuan hendak bermegah tapi sekadar membuktikan bahawa BN sentiasa berusaha membela rakyat. YAB Tan Seri menyatakan ianya adalah satu iltizam baru BN bela rakyat.. Kerajaan akan terus berusaha untuk membasmi miskin tegar dan meningkatkan pendidikan luar bandar kata Muhyiddin. Tan Seri Muhyiddin berkata perpaduan adalah satu benteng ketahanan dan keamanan negara. Dengan itu beliau ingatkan bahaya golongan yang suka menghasut dan pecahbelahkan rakyat.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia Dato’Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia




DS Zambry serta kempipinan UMNO di Peringkat Pusat berkelah makan tengahari. Kelihatan juga Dato’ Ramly Zahari, ADUN Manong sedang menyuap nasi. Semua pemimpin kelihatan makan sambil bersila.




Kelihatan YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia sambil makan di sebelah hujung



YAB Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Predana Meneri Malaysia merangkap Timbalan Presiden UMNO duduk bersetentangan dengan YAB Dato’ Dr Zambry Abd Kadir Menteri Besar Perak sedang menceritakan sesuatu mengenai program tersebut.



Haji Muhammad bin Wahab, (Bloggers) yang juga Pengerusi Sekretariat Media Baru UMNO Bahagian Lenggong sedang menyampaikan mesej rakyat perak mengenai kelicinan program yang telah mendapat sambutan ramai ini. Haji Muhammad yang juga AJK UMNO Bahagian Lenggong melahirkan rasa gembira dengan kehadiran orang ramai yang semakin bertambah.


Kelihatan kereta masih penuh sesak walaupun jam sudah pukul 1.40 petang di pintu masuk kawasan Tasik YDP, Slim River lokasi Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak diadakan.













Salah satu gerai yang telah di kunjungi oleh Bloggers iaitu gerai agensi Kerajaan yang telah dikelolakan oleh UMNO Bahagian Lenggong. Kelihatan di situ Tuan Haji Muhammad bin Wahab (Bloggers) dan Setiausaha UMNO Bahagian Lenggong, Tuan Haji Rafdi bin Mohd Noor.


Pimpinan Pergerakan Wanita UMNO Padang Rengas bergambar kenangan bersama-sama dengan Tuan Haji Muhammad bin Wahab (Bloggers).


Tuan Haji Muhammad bin Wahab bersama Sukri Ibrahim di gerai Nadi Batik. Tuan Haji Muhammad (Bloggers) sempat berbual dengan pengusaha Nadi Batik, Hamdan Hasmadi Husain, pengeluar dan pengedar Syarikat tersebut. Difahamkan oleh pengusaha, syarikat ini juga berperanan melatih peserta yang ingin berkursus Batik atas permintaan.


Kelihatan Pak Habib Idris, Ketua UMNO Cawangan Kampung Kuak sudah tidak tahan panas menunggu bas. Mereka masih menunggu kehadiran 2 orang penumpang yang turut serta untuk tujuan bas pulang ke Lenggong


Kelihatan beberapa orang lagi
lagi ahli-ahli UMNO Bahagian Lenggong yang sedang menunggu bas untuk pulang.


28 Pemimpin UMNO Cawangan Ulu Jepai Tuan Haji Idris Yaahab bergambar kenangan dengan Tuan Haji Muhammad b Wahab, Ketua UMNO Zon Raban sambil menunggu bas untuk pulang.


Papan tanda ini betul-betul berada di bahagian pintu masuk Tasik YDP Slim River tempat majlis ini diadakan.