Sunday, February 28, 2010

Janda Baik

KEM JANDA BAIK

Ramai orang takut bila hendak ke kg janda baik. Bagi ahli-
ahli UMNO atau sesiapa sahaja yang hendak menuju ke
Ke Institiut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU)
di Kampung Janda Baik. berikut adalah panduannya.
Bagi pengunjung dari arah Utara, untuk ke ILMU dengan
menaiki kereta sendiri, jalan mudah sahaja. Bila
keluar ke Tol Ulu Bernam, ambillah jalan kiri,
lebih kurang 400 meter sahaja, maka akan
sampailah ke Kalumpang. Dengan melihat sekitar kiri jalan,
pengunjung akan menempuh Gumut, 2 km dari Kalumpang.
Terus jalan maka sampailah ke Kerling. Lebih kurang 10 km
dari Kerling, kita akan tiba di Kampung
Sungai Jang. Seterusnya tibalah ke Kuala Kubu Baru.
Dari simpang trafic linght, maka ambil jalan kiri yang
ada bertulis Genting Highland. Kita akan menempuh
Mc Donald. Naiklah bukit itu, bukit tidak lah terus, slopenya
lebih kurang 25 darjah aje.

Teruskan pandu ke Hotel Seri Malaysia kira-kira 25 Km (20 minit)
perjalanan dari Simpang Kuala Kubu Baru tadi. Sampai
di Avana, maka ambillah jalan yang berlabel Bentong. (Dari sini
berhati-hati. jangan pula naik bukit lagi. Itu ke Genting,
tempat judi. Orang UMNO jangan main judi. Tak berkat. Dalam
masa kita menuruni bukit, kita akan lihat jalan ke Lebuhraya
Karak dan jangan masuk jalan KL. Terus sahaja ke papan tanda
yang bertulis Bentong, bila nampak jalan berlabel Janda Baik,
ambillah jalan itu. Hanya lebih kurang 30 minit dari Taman Gohtong
Raya, pengunjung akan sampai ke ILMU.

Ada gambar perjalanan kami menuju ke ILMU pada 26.2.2010
Kami mengambil masa tak sampai 4 jam dari Kuala Kangsar.
Bertolak dari Kuala Kangsar jam 1 tengahari, sampai di Batang Kali
jam 2.30 t.hari. Mulai naik bukit. Tiba di Taman Gohtong Raya
jam 3.00 petang. Dalam masa turun ke Bentong, ada beberapa
bendera UMNO di sepanjang tiang letrik seperti foto di bawah.



. 20 minit selepas itu, jalan agak curam dan
selekoh lebih tajam. Kena berhati-hati semasa memandu.
lihat lah kecuramannya . Apabila hampir nak sampai
ke Institiut. ada pengawal jaga di situ
. Sebelum sampai ke destinasi, memanglah kampung
tu nampak teruk. Tapi bila dah sampai ke pusat, lihatlah gambar ini
menarik dan sudah tentu semangat ke perwiraan Melayu yang
mahu mempertahankan agama, bangsa dan tanahair akan berkobar-
kobar. Lihat gambar ini pulak.Kami mencari masjid
dulu. Kerana jam 3.30.



Bolehlah buat jamak awal.
. Ini blok penginapan. Bilik 10 orang satu dom.
di lengkapi penghawa dingin.

.

Tempat makan. cantik.



Lihat gambar atas, yang berbaju kuning tu Mustam Mustapa. Ahli Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Gerik. Dia tu seorang artis yang bakal
berlakon dalam filem arahan Dato Yusof Haslam. Menurutnya
selepas di temubual dia akan berlakon dalam cerita seram. Tapi
sekarang ni berkursus untuk Bela Nusa ni, semuanya adalah untuk agama,
bangsa dan negara.

Gambar hujung sekali itu, cikgu Rahim AJK UMNO Padang Rengas.


.

Kami tinggal 3 hari 2 malam di Kem ini. Masa perjalanan pulang,
kami sempat tanya penduduk di situ. Kenapa kampung ni
namanya Janda Baik. Orang-orang di situ berkata, jandi di sini
semuanya baik-baik. Padan muka. Sudah gaharu cendana pula.
kami sempat singgah di Taman Gohtong. Kawan nak beli rokok dan


beli minuman. Untuk liputan berita
atau pengisian masa kursus, sila lihat laman Bela Nusa

No comments:

Post a Comment